![]() |
✿ Noor Azira bt Hazir 19DTP16F2100 21 tahun Muar, Johor |
![]() |
✿ Nurulain Syafiqah bt Mohamed Nor 19DTP16F2013 19 tahun Raub, Pahang |
![]() |
✿ Nuramirza Izzati bt Adnan 19DTP16F2111 19 tahun Pasir Gudang, Johor |
![]() |
✿ Shalina Izlin bt Mohd Azam 19DTP16F2113 19 tahun Skudai, Johor |
![]() |
✿ Nik Hanis Shahirah bt Nik M Zamri 19DTP16F2108 19 tahun Kuantan, Pahang |
Berlatarbelakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadi sebahagian daripada laluan rempah antarabangsa ratusan tahun dahulu, menjadikan Malaysia negara pelbagai budaya. Keunikan masyarakat serta seni binanya memaparkan warisan budaya yang pelbagai pengaruh. Kumpulan etnik terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera dengan budaya dan warisan unik mereka tersendiri. Rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan banyak lagi kumpulan etnik lain telah hidup bersama-sama di Malaysia secara harmoni sejak bergenerasi lamanya. Semua budaya ini telah mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan suatu budaya Malaysia yang unik.
MELAYU
Hari ini, masyarakat Melayu, kumpulan etnik terbesar Malaysia, merupakan lebih daripada 50% jumlah penduduk. Di Malaysia, nama Melayu merujuk kepada orang yang mengamalkan Islam dan tradisi Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pengislaman mereka daripada agama Hindu dan Buddha Theravada bermula pada 1400-an, kebanyakannya dipengaruhi pengaruh kerabat diraja Melaka. Masyakarat Melayu dikenali kerana sifat lemah-lembutnya dan warisan seni. Sebelum abad ke-20, wanita Melayu masih lagi berkemban, hanya sarong diikat di dada, dipakai ke tempat awam. Apabila Islam menjadi lebih meluas, mereka mula memakai baju kurung yang sopan tetapi elegan. Baju kurung adalah blaus longgar selabuh lutut yang biasanya dipakai di luar skirt panjang dengan lipatan di tepi. Ia juga boleh dipasang dengan fabrik tradisional seperti songket dan batik. Biasanya, pakaian tradisional dilengkapkan dengan selendang atau tudung serta skaf. Pakaian tradisi lelaki Melayu ialah baju melayu. Baju melayu berbentuk kemeja dikenakan dengan seluar. Ia biasanya disertakan dengan sampin - sarong pendek dililit di pinggang.
Kumpulan etnik kedua terbesar, masyarkat Cina Malaysia, membentuk kira-kira 25% jumlah penduduk. Kebanyakannya keturunan imigran Cina yang datang semasa kurun ke-19. Mereka terkenal kerana ketekunan dan kebijaksanaan dalam perniagaan. Tiga sub-kumpulan yang bertutur dalam dialek Cina yang berbeza adalah masyarakat Hokkien yang biasanya tinggal di Pulau Pinang; Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur, dan kumpulan berbahasa Mandarin yang tinggal kebanyakannya di Johor. Selesa dan elegan, cheongsam tradisional atau 'baju panjang' juga adalah fesyen pilihan kontemporari popular bagi wanita. Biasanya ia mempunyai kolar tinggi, butang ataupun butang katup berdekatan bahu, ketat di bahagian pinggang, dan belahan di satu atau dua sisinya. Ia biasanya dibuat daripada sutera berkilau, satin bersulam atau fabrik mewah yang lain.
Kumpulan etnik paling kecil antara ketiga-tiganya,masyarakat India Malaysia membentuk kira-kira 10% jumlah penduduk. Kebanyakannya adalah keturunan imigran India Selatan berbahasa Tamil yang datang ke negara ini sewaktu penjajahan British. Terpesona dengan peluang untuk melepaskan diri daripada sistem kasta India, mereka datang ke Malaysia untuk membina kehidupan yang lebih baik. Menganuti agama Hindu, mereka membawa bersama budaya warna-warni mereka seperti kuil berhias, makanan berempah dan sari mewah. Sari adalah pakaian India tradisional yang terkenal di seluruh dunia. Sehelai kain biasanya 5-6 ela lebarnya, sari ini dipakai dengan anak baju dengan warna serupa atau blaus yang bertentangan warnanya. Biasanya, ia dibalut pada badan dengan pallau - bahagian yang paling banyak bercorak - diletakkan pada bahu kiri. Anak baju dipakai hanya di atas atau bawah perut dan berfungsi sebagai pakaian sokongan untuk memegang sari. Dibuat daripada pelbagai bahan, tekstur dan rekaan, sari adalah sangat istimewa. Popular bagi wanita India utara adalah salwar kameez atau baju Punjabi; iaitu baju panjang dipakai bersama seluar dengan selendang sepadan. Kurta adalah pakaian tradisional masyarakat India untuk lelaki pada majlis formal. Ia adalah baju panjang paras lutut yang biasanya dibuat daripada kain kapas atau linen.
ORANG ASLI
Orang Asli adalah kata umum yang merujuk kepada sebarang kumpulan bumiputera di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan puak utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Negrito biasanya hidup di bahagian utara, Senoi di pedalaman tengah dan Melayu Proto di selatan. Setiap kumpulan atau sub-kumpulan mempunyai bahasa dan budayanya sendiri. Terdiri daripada nelayan, petani, dan ada juga yang berpindah-randah.
Kumpulan etnik bumiputera paling besar dalam populasi Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kadazan Dusun, membentuk kira-kira 30% jumlah penduduk negeri. Sebenarnya ia terdiri daripada dua puak iaitu Kadazan dan Dusun, tetapi dikumpulkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Namun begitu, Kadazan biasanya tinggal di delta lembah tanah rendah, yang sesuai untuk menanam padi, sementara Dusun biasanya tinggal di kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pedalaman Sabah.
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Bajau, membentuk kira-kira 15% jumlah penduduk negeri. Mengikut sejarah, mereka adalah pelaut nomad yang menyembah Omboh Dilaut atau Dewa Lautan, mereka kadangkala dipanggil Gipsi Laut. Sebahagian yang meninggalkan amalan pelaut mereka menjadi petani dan penternak lembu. Bajau darat ini dipanggil 'Koboi dari Timur' kerana kemahiran berkuda yang mengagumkan, yang dipertontonkan kepada umum pada perayaan Tamu Besar tahunan di Kota Belud.
Kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut, membentuk kira-kira 3% jumlah penduduk negeri. Asalnya menduduki kawasan pedalaman utara Borneo, mereka adalah kumpulan etnik di Sabah yang paling akhir dalam menghentikan amalan pancung kepala. Kini, mereka terlibat dalam tanaman padi huma dan ubi keledek, serta menambah sumber makanan mereka dengan menyumpit dan memancing. Seperti kebanyakan puak bumiputera di Sabah, pakaian tradisional mereka dihiasi manik-manik cantik.
SARAWAK
Secara kolektifnya kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Dayak, yang bermaksud hulu sungai atau kawasan pedalaman, adalah satu istilah menyeluruh yang digunakan oleh penduduk Islam persisiran pantai kepada lebih daripada 200 kumpulan suku kaum. Secara lazimnya, mereka tinggal di rumah panjang, rumah komuniti tradisional yang boleh menempatkan 20 hingga 100 keluarga. Dengan kepelbagaian kumpulan etniknya, negeri terbesar Malaysia, Sarawak mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional suku kaum. Menggunakan pelbagai rekaan dan motif asli, bahan biasa bagi puak hulu sungai atau Orang Ulu adalah kain anyam sendiri, fabrik kulit kayu, bulu dan manik. Sarawak dikenali dengan pua kumbu beranyam daripada puak Iban, songket daripada Melayu Sarawak, aksesori manik berwarna-warni, barang kemas tradisional dan hiasan kepala.
IBAN
Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak, orang-orang Iban membentuk 30% daripada jumlah penduduk negeri ini. Kadangkala secara salah faham mereka dirujukkan sebagai orang Dayak Laut kerana kemahiran mereka menggunakan bot, sedangkan mereka sebenarnya adalah suku kaum hulu sungai daripada kawasan di tengah-tengah Kalimantan. Pada masa dahulu, mereka merupakan pahlawan perlawanan yang digeruni dan terkenal dengan pemburuan kepala dan pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah tuhan perintahan bertiga di bawah kuasa Singalang Burung, tuhan burung bagi peperangan. Walaupun pada masa sekarang, kebanyakan daripada mereka telah beragama Kristian, mereka masih lagi mengamalkan kebanyakan daripada budaya tradisi mereka.
BIDAYUH
Menyukai kehidupan yang mendamaikan dan suka mengambil jalan mudah, orang Bidayuh di Sarawak terkenal dengan layanan baik dan tuak atau wain beras mereka. Mereka membina rumah mereka di kawasan pergunungan Sarawak, mereka kebanyakannya terdiri daripada petani dan pemburu. Di waktu pemburuan kepala pada zaman mereka dahulu, tengkorak sebagai hadiah buruan mereka disimpankan di dalam 'baruk' rumah bulat yang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter dari atas tanah. Mereka pada asalnya adalah penganut animisme, sekarang kebanyakan dari mereka telah menganut agama Kristian.
ORANG ULU
![]() |
ORANG ULU |
ALAT MUZIK
Orkestra
Malaysia mempunyai dua orkestra tradisional iaitu gamelan dan
nobat. Berasal daripada Indonesia, gamelan adalah orkestra tradisional yang
memainkan melodi mendayu menggunakan gabungan gong dan instrumen bertali. Nobat
adalah orkestra diraja yang memainkan muzik menggunakan serunai dan instrumen
nafiri angin.
Pada zaman kesultanan Melayu, rentak berirama yang bergetar
daripada rebana ubi besar itu memberikan pelbagai isyarat daripada amaran bahaya
kepada pengumuman perkahwinan. Kemudiannya, ia digunakan sebagai peralatan
muzik dalam pelbagai persembahan sosial.
Kompang
Merupakan di antara alatan muzik tradisional Melayu paling
popular, kompang banyak digunakan dalam aktiviti sosial seperti perarakan Hari
Merdeka, upacara formal dan perkahwinan. Serupa dengan tamborin tetapi tanpa
kepingan besi bergetar, gendang tangan ini biasanya dimainkan dalam kumpulan
besar, di mana, corak rentak komposit dapat dilakukan dengan melapiskan rentak
berbeza.
Gambus
Dibawa ke Malaysia oleh pedagang Parsi dan Timur Tengah,
gambus atau oud Arab dimainkan dalam pelbagai cara dalam lagu rakyat Melayu,
biasanya sebagai alat muzik utama muzik Ghazal. Diukir dengan teliti
menggunakan kombinasi kayu berbeza, alat ini menghasilkan nada lembut yang
serupa dengan alat muzik, harpsichord.
Sape
Sape adalah alat muzik tradisional masyarakat
Orang Ulu atau orang hulu sungai Sarawak. Hasil seni ukiran kayu dengan motif
berwarna-warni, sape dibuat dengan melubangkan sebatang kayu. Dahulunya hanya
dimainkan semasa upacara pemulihan dalam rumah panjang, ia menjadi alat muzik
hiburan sosial. Biasanya, muzik temanya digunakan untuk melatari tarian seperti
Ngajat dan Datun Julud.
Tarian
Mak Yong Melayu
Berasal daripada Patani di Selatan Thai, Mak Yong direka
untuk menghiburkan kerabat wanita, ratu dan puteri, semasa orang lelaki pergi
berperang. Menggabungkan drama romantik, tarian dan nyanyian opera, kisah zaman
kegemilangan kerajaan Melayu turut dipersembahkan.
Kuda Kepang
Kuda Kepang adalah tarian tradisional yang dibawakan ke
negeri Johor oleh imigran Jawa. Melakonkan semula kisah peperangan suci Islam
yang berjaya, penari duduk di atas kuda buatan bergerak kepada rentak alat
muzik yang biasanya terdiri daripada gendang, gong dan angklung.
Zapin
Pengaruh keislaman dalam tarian tradisi Malaysia mungkin
paling jelas pada Zapin; suatu tarian popular daripada negeri Johor.
Diperkenalkan oleh mubaligh Islam daripada Timur Tengah, tarian asal itu
dipersembahkan untuk zikir ketuhanan Islam untuk menyebarkan maklumat mengenai
peradaban Islam.
Joget
Tarian tradisional Malaysia popular dengan rentak laju dan
dipersembahkan oleh pasangan yang menggabungkan pergerakan pantas tetapi lemah
gemalai dengan sedikit kelucuan. Joget berasal daripada tarian rakyat orang
Portugis, yang diperkenalkan di Melaka semasa perdagangan rempah.
Tarian Lilin
Ia dipersembahkan oleh wanita yang membuat tarian gemalai
semasa mengimbangkan lilin dalam piring kecil.
Silat
Salah satu tradisi seni mempertahankan diri Melayu paling
tua, Silat juga adalah satu bentuk tarian. Dengan gerakan badan yang berbunga,
persembahan silat adalah mengagumkan dan menarik.
Tarian Singa Cina
Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina,
Tarian Singa adalah bertenaga dan menghiburkan. Mengikut lagenda, di zaman
purbakala, hanya singa haiwan yang dapat menghalau haiwan mitos bernama Nian
yang mengganas di China dan menelan manusia pada malam Tahun Baru. Biasanya
memerlukan koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi, tarian
ini sentiasa ditarikan kepada rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal.
Tarian Naga
Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar
biasa, kebaikan, kesuburan, kegigihan dan maruah dalam budaya Cina. Biasanya dipersembahkan
untuk menyambut Tahun Baru Cina, Tarian Naga dikatakan memberikan nasib baik
dan keuntungan kepada tahun yang mendatang. Biasanya memerlukan pasukan
melebihi 60 orang, persembahan hebat ini adalah pertunjukan koordinasi, skil
dan kelembutan yang sempurna.
Bharata Natyam India
Tarian klasik India adalah seperti gerakan puisi.
Berdasarkan epik India lama, tarian penuh perasaan dan dramatik ini menggunakan
lebih 100 langkah tarian dan gerakan. Penguasaannya memerlukan latihan
bertahun-tahun, jadi kanak-kanak mula mempelajarinya seawal umur lima tahun.
Bhangra
Bhangra adalah muzik rakyat dan tarian dalam komuniti Sikh.
Asalnya tarian menuai, ia kini menjadi sebahagian persembahan sewaktu keramaian
sosial seperti perkahwinan dan perayaan Tahun Baru. Biasanya menceritakan tema
romantik dengan nyanyian dan tarian yang dijana oleh rentak kuat daripada dhol,
gendang dua hala, Bhangra adalah muzik yang mengasyikkan.
Ngajat Sabah & Sarawak
Tarian Pahlawan adalah tarian tradisi orang Iban Sarawak.
Tarian ini biasanya dijalankan semasa Gawai Kenyalang. Dikatakan antara pemburu
kepala yang ditakuti di Sarawak, pahlawan puak ini yang berjaya akan diraikan
secara tradisinya dalam perayaan rumit ini. Memakai hiasan kepala yang rumit
dan memegang perisai hiasan yang panjang, penari pahlawan lelaki melakukan
lompatan dramatik sepanjang tarian yang mempesonakan ini.
Datun Julud
Tarian Kenyalang adalah tarian tradisi wanita Kenyah
Sarawak. Direka oleh putera Kenyah bernama Nyik Selong untuk melambangkan
kegembiraan dan terima kasih, ia dahulu dipersembahkan semasa perayaan
masyarakat yang mengalu-alukan pahlawan kembali daripada pemburuan kepala atau
semasa perayaan tahunan yang menandakan akhir musim menuai padi. Ditarikan oleh
seorang penari wanita kepada alunan sape, kipas cantik daripada bulu kenyalang
digunakan untuk mewakili sayap burung suci itu.
Sumazau
Sumazau adalah tarian tradisi orang Kadazan Sabah. Biasanya
dijalankan di upacara keagamaan dan aktiviti sosial, ia asalnya digunakan untuk
memberi penghormatan kepada roh untuk tuaian padi yang banyak, menghalau hantu
jahat dan menyembuh penyakit. Penari lelaki dan wanita menarikan tarian
hipnotik ini dengan pergerakan lembut dan perlahan seperti aksi burung
terbang.
Antara tarian tradisional yang sangat menghiburkan dan
popular adalah Tarian Buluh. Dua batang buluh dipegang secara menegak di atas
tanah setinggi buku lali. Ia ditepuk bersama mengikut rentak gendang, bertempo
tinggi dan memerlukan ketangkasan yang tinggi. Penari perlu melompat di antara
batang buluh dan elakkan kaki mereka terperangkap di antara batang-batang
tersebut.
Orang Asli
Tarian tradisi Orang Asli Semenanjung Malaysia amat berakar
umbi daripada kepercayaan kerohanian mereka. Tarian biasanya digunakan oleh
bomoh sebagai ritual untuk berkomunikasi dengan dunia roh. Tarian seperti
Genggulang daripada puak Mahmeri, Berjerom daripada puak Jah-Hut dan Sewang
daripada puak Semai dan Temiar.
Portugis Melaka Farapeira
Farapeita adalah tarian pantas dan ceria yang biasanya
dilatari gitar dan tamborin, ditarikan oleh pasangan yang berpakaian kostum
Portugis lama.
Branyo
Digemari oleh kebanyakan generasi lama Portugis,
Branyo adalah tarian lebih perlahan berbanding tarian Farapeira. Penari lelaki
dipakaikan kostum seperti koboi dan penari wanita dipakaikan dengan baju kebaya
tradisional dengan batik sarong, menari kepada rentak muzik gendang dan violin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan